bantu orang lain secara percuma

5 Tips Bantu Orang Lain (TAK PERLU DUIT) – Updated 2020

Table of Contents

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on whatsapp

Suka tolong orang? Nak keluar duit bajet ketat? Nak bantu secara PERCUMA je. Cuba kita buat 5 tips di bawah.

Tak tahu cara? Ini pasti dapat membantu, sila baca sampai habis ya.

Korang boleh cuba salah satu daripada senarai di bawah. Tanpa keluar modal, boleh bantu orang.

1. Derma darah

1 pint darah boleh selamatkan 3 nyawa. Sihat tubuh badan? 45 kg ke atas?

Boleh cuba derma darah.

Menurut laporan Sinar Harian, jumlah kutipan darah di Pusat Darah Negara mengalami penurunan sehingga 40 peratus berbanding sebelumnya.

Kadar ini amat membimbangkan lebih-lebih lagi pada waktu pkp.

Antara kriteria penderma darah, sihat tubuh badan, tidur lebih 5 jam malam sebelum menderma darah, tidak mengalami selesema dan batuk.

2. Barang Terpakai

Kumpulkan barang-barang yang dah tidak dipakai untuk mereka yang memerlukan.

Contohnya pakaian kita yang tak sampai 10 kali kita pakai, boleh derma kepada yang memerlukan.

Boleh kitar semula tin-tin minuman, surat khabar lama dan kotak-kotak telur untuk petani.

3. Jadi Sukarelawan

Tak dapat keluarkan duit? Kerja percuma je, jadi sukarelawan bantu NGO di Malaysia.

Ada banyak jenis organisasi yang perlukan sokongan dalam tenaga kerja.

Mereka yang masih muda digalakkan sertai program sukarelawan, boleh tambah nilai dalam resume untuk cari kerja nanti.

Boleh asah skil bercakap, tambah keyakinan berdepan orang lain dan dapat berkenalan dengan ramai orang baru.

4. Kongsi Pengetahuan

Tengok orang tua yang tak faham komputer dan gajet? BANTU mereka! Ada kawan yang perlu nasihat? BANTU mereka!

Ada kepakaran dalam bidang anda? Memasak? Komen masakan orang?

Buat YOUTUBE channel, buat blog, buat thread di Twitter,anda boleh BANTU orang lain dari seluruh dunia!

5. Doa

Paling mudah nak buat. Doakan mereka yang terlintas di fikiran anda.

Doakan secara konsisten.

Kita taktahu doa hari ini dimakbulkan atau tak.

Mungkin esok lusa baru dimakbulkan.

Kuasa doa sering kita pandang rendah.

Doa pada waktu mustajab untuk besarkan peluang dimakbulkan doa kita.

1 thought on “5 Tips Bantu Orang Lain (TAK PERLU DUIT) – Updated 2020”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *