Software Rekod Skrin Laptop

Table of Contents

3 Software Percuma Rekod Skrin Komputer Windows – Biasa Orang Guna

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on whatsapp

Bengang tak jumpa software sesuai rekod skrin? Di sini, kami kongsikan 3 software percuma untuk anda mudah rekod skrin komputer secara percuma menggunakan windows.

Sekarang semakin mudah untuk merekod skrin kerana pelbagai software rekod skrin laptop boleh didapati dengan percuma sahaja.

Selain percuma, anda boleh tonton video tutorial cara rakam video guna laptop dengan mudah.

Freemium software?

Software percuma yang dicadangkan dalam artikel ini adalah software yang percuma sepenuhnya.

Banyak software yang dicadangkan oleh website-website lain menggunakan konsep freemium.

Freemium adalah software yang mereka beri hanya percuma untuk suatu tempoh masa.

Contohnya, rakaman video 15 minit pertama sahaja percuma.

Jadi, dalam artikel ini kami telah menapis software freemium dan hanya mencadangkan software yang sepenuhnya percuma.

Apakah software rekod skrin laptop?

Software merekod skrin berfungsi sebagai alat untuk merekod video daripada skrin.

Software rekod skrin boleh merekod keseluruhan skrin atau sebahagian skrin sahaja.

Ada software yang saiznya besar dan ada yang kecil, ringan untuk laptop anda.  

Hasil video rekod tersebut boleh merekod cursor tetikus anda dan pergerakan yang lain yang aktif dalam skrin anda.

Dengan menggunakan fungsi software skrin rekod ini, anda boleh berkongsi ilmu, tips-tips kepada orang lain dalam bentuk video.

Pada kebiasaanya, suara juga boleh direkod menggunakan software rekod skrin ini.

Namun, bukan senang nak jumpa software yang percuma tetapi berfungsi dengan baik. Kalau setuju sila baca sampai habis.

Ada software yang percuma hanya mampu merekod video tidak pada kadar HD (High Definition).

3 software PERCUMA rekod skrin laptop Windows

1. OBS Studio

OBS Studio Screen Recording Software
OBS Studio Screen Recording Software

Mempunyai dua fungsi utama, iaitu merekod video dan live streaming.

Streamer, gamers dan ahli professional. Kebiasaannya, streamers, akan gunakan untuk live di Youtube dan Twitch.

Semestinya juga anda boleh merekod skrin menggunakan OBS Studio. Yang menariknya, resolution sangat tinggi dan berkualiti.

Anda boleh mengubah suai susunan video dalam bentuk yang anda suka.

Rekod Skrin Utama OBS Studio
rekodUser Interface OBS Studio

Banyak ciri-ciri yang menarik yang tidak ada pada software yang lain.

Namun, software ini tidak didatangkan dengan video editor. Jadi, anda perlu mengambil video direkod menggunakan software ini, kemudian, edit menggunakan software lain.

3 Ciri Utama OBS Studio

  • Pengadun audio intuitif
  • Pelbagai tema
  • Tiada iklan, watermark.

Cara menggunakan OBS Studio

Dicadangkan untuk

  • Streamers Facebook, Twitch dan Youtube

2. Apowersoft

Apowersoft software untuk rekod ini adalah berasaskan online. Sememangnya mudah, keranan tak perlu download apa-apa. Jimat ruang untuk PC atau laptop anda. Hanya perlu buka software ini pada browser anda.

Cara-cara menggunakan Apowersoft Screen Recorder

3 Ciri Utama Apowersoft

  • 9 jenis format video, MP4, AVI, WMV, FLV, MKV, MOV, MPEG, VOB and WEBM.
  • Video converter : AVI, MP4, FLV, SWF, 3GP, MKV, and MPEG.
  • Tiada iklan, watermark.

Dicadangkan untuk

  • Newbie Youtubers
  • Kali pertama nak rekod video
  • Tak ada pengalaman rakam skrin komputer
  • Nak jimat duit tanpa beli yang versi professional

3. Free Cam

Dengan Free Cam, anda boleh merakam skrin dan video tutorial dengan mudah. Newbie memang sesuai untuk software ini.

Didatangkan juga ciri-ciri berbayar (PRO) tetapi, yang percuma sudah memadai bagi kami untuk digunakan.

3 Ciri Utama Free Cam

  • Pilihan opsyen petanda cursor (highlight dan bunyi cursor)
  • Opsyen edit audio (ubah volume, tutup bunyi)
  • Opsyen edit video (trim, noise removal, and others)

Dicadangkan untuk

  • Newbie Youtubers
  • Kali pertama rekod video
  • Tak ada pengalaman rakam skrin komputer
  • Nak jimat duit tanpa beli yang versi professional

BONUS : WINDOWS 10 GAME BAR!

Ramai yang tak tahu, Windows 10 sudah diciptakan dengan Game Bar yang boleh merakam video daripada skrin.

Jadi, sememangnya mudah dan tak perlu untuk download software lain.

Anda boleh tekan shortkey Windows + G untuk ke Game Bar. Kalau tidak keluar, mungkin anda pernah tutup kegunaan Game Bar.

Cara Gunakan Game Bar

Pertama sekali, tekan windows icon di bahagian bawah kiri taskbar. Pergi tekan “settings”.

Selepas itu, aktifkan fungsi Game Bar

Tetapi hanya mampu merekod software sahaja. Ianya dibina sesuaiuntuk merekod game sahaja. Tak mampu merekod sebahagian skrin.

Tutorial Windows 10 Game Bar

Ciri-ciri Windows 10 Game Bar

  • Takperlu install software
  • On/Off Mikrofon semasa merakam
  • Tiada watermark, tiada limit masa, tiada iklan

Penutup

Ini adalah antara cara yang mudah untuk rekod skrin laptop di windows. Mungkin anda ada cadangan software yang anda lebih suka?

Boleh share di ruangan komen. Kami akan respon pada komen anda nanti.

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on whatsapp

1 thought on “3 Software Percuma Rekod Skrin Komputer Windows – Biasa Orang Guna”

  1. Pingback: Cara Rekod Skrin Menggunakan OBS Studio - Panduan Newbie

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

teknologi
Artikel lain...