Pengalaman Speaking Test

Pengalaman Speaking Test EET UiTM Online 2021

Table of Contents

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on whatsapp

Blur juga lah sebelum nak speaking test uitm ni. Nasib baik dah sedia awal dah. Pengalaman speaking test online UiTM kali ini, saya percaya, berbeza dengan tahun sebelum ini.

Ye lah. Sebab buat online sepenuhnya dari rumah sahaja.Pada awalnya, UiTM bagi jadual untuk buat di kampus masing-masing.

Menjelang bulan Februari 2021, bulan Final Exam.

Oleh itu, telah diumumkan supaya buat Speaking Test dan Writing Test online dari rumah saja.

Persoalannya, macam mana buat Speaking Test online ni?

Pengalaman Speaking Test

Pertama sekali, pensyarah yang terlibat ada bagi jadual untuk individu menempah slot masa untuk lakukan ujian.

Ujian dibuat di Google Meet, pada link yang dikongsi oleh pensyarah dalam group Whatsapp.

Sebelum buat Speaking test juga kena isi form secara online (Google Form) – 5 minit sebelum masuk link Google Meet.

Simulated Conversation

Sebelum memulakan soalan ini, akan diminta untuk perkenalkan diri. Nama, ID, kelas, fakulti dan kampus.

Soalan pertama EET, simulated conversation. Macam biasa dan macam past paper. Antaranya, kalau ada event yang akan datang, contoh family day. Apa aktiviti yang sesuai untuk family day.

“singing karaoke together to build strong connections with family members, lucky draw to share the happiness together, and having a sharing sessions”. – sekadar contoh

Job Interview

Soalan kedua EET, berkenaan job interview.

Bayangkan saja kalau anda masuk interview kerja nanti. Apa soalan akan ditanya?

Mestilah majikan akan tanya – “Tell me about yourself”,”why you want to work for our company”,”what are the obstacles in your studying journey”.

Soalan-soalan cliche ni kena hadam betul-betul. Nanti nak jawab mudah easy je.

Oral Presentation

Okay, ni soalan last untuk speaking test.

Pembentangan lisan (oral)

Soalan akan beri chart. (pie chart/bar chart/apa-apa chart)

Anda diperlukan untuk bercakap tentang chart tersebut. Macam pembentangan dalam kelas.

Persediaan EET UiTM 2021 Secara Online

Tak banyak beza pun sebenarnya dengan yang biasa di kampus.

Cuma apabila di rumah, rasa “pressure” tu kurang. Lebih tenang gitew

Paling penting kena faham format EET.

Tips Speaking Test UiTM

Antara perkara penting yang boleh anda buat sebelum buat speaking test, cuba lancarkan bercakap Bahasa Inggeris depan cermin.

Pada sesi tersebut, anda kena berhadapan dengan Examiner. Cumanya, anda tak bercakap dengan dia.

Dia akan mendengar percakapan anda. Cuma audio akan berbunyi, pastu jawab.

Anda juga perlu baca dan dengar soalan dengan teliti.

Sebab ada member saya, tertinggal jawab soalan. Kan setiap soalan ada pecahan soalan, mungkin sebab tu tak perasan.

Kena hati-hati baca soalan.

Tulis bullet point (10/20 saat tempoh persediaan diberi)

Kejap sangat tempoh nak bersedia. Tulis poin-poin penting saja.

Cepat Fikir, Cepat Jawab

Itulah kesimpulan saya untuk menjawab segala soalan speaking test online UiTM. Perlu cepat untuk fikir poin-poin yang bagus.

Cara anda menghuraikan poin-poin tersebut juga penting.

Paling penting, praktis sebelum test akan memudahkan proses menjawab tu nanti. Semoga dipermudahkan. All the best!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *