Medical Check Up Student

Table of Contents

Medical Check Up Untuk Student Masuk Universiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on whatsapp

Fuhh… Berdebar nak masuk Universiti. Kena buat medical check up untuk student masuk universiti, kena buat dulu sebelum daftar masuk.

Aku dah final year, takdela nak check up lagi untuk daftar. Tapi…

Baru-baru ni je nak tolong adik aku yang baru nak masuk diploma UiTM.

Setiap student yang masuk Universiti memang WAJIB buat medical check up, kalau ada yang tak tahu la.

Masa hari pendaftaran nanti nak kena bawa result Medical Check Up ni.

Medical check up ni biasa nya boleh buat dekat klinik atau dekat hospital. Bergantung kepada keselesaan.

Klinik kurang la orangnya, hospital nak kena buat appointment sebelum jumpa doktor. Tapi, both okay je.

Kalau adik aku, aku bawak pergi ke Klinik Wan Ali.

Aku buat medical check up dulu pun dekat sini, so dah ada trust kat doktor kat sini memang baik je dan friendly gitu.

Pengalaman Medical Check Up

Dulu, tahun 2018 sebelum aku masuk Degree, ada buat medical check up. So, secara asasnya medical check up ni nak tengok kesihatan kita la kan?

Jadi, apa yang doktor akan tengok nanti… Ready duit dalam RM100 lebih kurang kalau pergi klinik swasta.

Prosedur Medical Check Up

Berat – naik penimbang macam biasa, doktor akan baca,

Tinggi – doktor akan buat bacaan tinggi.

Daya penglihatan – doktor akan suruh kita berdiri jauh daripada papan yang ada tulisan, lepastu suruh baca.

First, guna kedua-dua belah mata, baca dari huruf yang besar sehingga yang kecil. Pastu dia suruh tutup sebelah mata pulak dan sebelah lagi.

Tekanan darah – Penting untuk anda tidur awal malam sebelum medical check up supaya tekanan darah dalam keadaan normal.

Urine Test (Ujian Air Kencing) – bergantung kepada klinik yang anda pergi, ada klinik yang boleh buatkan. Atau mereka akan refer pada Lab yang lain untuk buatkan test.

X-Ray – Pelajar jurusan yang berkaitan Sains sahaja. Contoh Engineering, sebab aku geng engineering. Adik aku ambik jurusan Akaun. Jadi, doktor cakap tak perlu buat x-ray.

Tapi, masa aku diploma dengan degree, Universiti tak tengok pun x-ray aku.

Terpulang nak buat atau tak, mana tahu masa depan tiba-tiba Uni minta pula kan.

Dokumen Penting Medical Check Up

Ada 4 perkara yang perlu bawa masa buat medical check up untuk student.

1. Kad Pengenalan

Penting sebab, bukan warganegara Malaysia nak buat medical check up nanti jadi lain harganya lagi mahal!

Kad pengenalan ini untuk memudahkan pihak hospital/klinik dapatkan data peribadi anda.

Sentiasa bawa kad pengenalan dengan anda kalau umur dah 18 tahun ya. Nanti kena cop bangla pulak..

2. Borang Medical Check Up Dari IPTA/IPTS

Selalunya kalau anda nak masuk asrama ke, kolej ke atau universiti, biasa nya IPTA/IPTS memang akan sediakan borang medical check up di atas talian.

Download borang-borang semua daripada website IPTA/IPTS masing-masing.

Kemudian, isi borang medical check up untuk dibawa masa check up. Biasanya, pihak hospital/klinik akan minta borang itu untuk diisi.

Borang akan diisi oleh pihak hospital/klinik untuk diserahkan kepada pihak asrama, kolej atau universiti.

Nanti kena buat salinan untuk simpanan masa depan.. Ni yang mak aku selalu pesan la. Nak ikut boleh, tak nak tak apa…

3. Duit

Bergantung pada tempat yang anda pergi. Kalau aku, Klinik swasta, ready dalam RM100.

Kalau hospital kerajaan, ada yang kawan aku cerita dalam RM20, RM30 lebih kurang.

Ada kelebihan, kekurangan masing-masing lah ya.. Terpulang pada anda nak pergi mana satu.

Harga yang ambil Diploma, Degree berbeza ya. Degree lagi mahal daripada Diploma. Asasi dan lain-lain aku tak pasti.

Kesimpulan

Semoga berjaya kepada student yang baru nak masuk ke alam Universiti.

Aku doakan korang semua berjaya dunia akhirat dipermudahkan segala urusan.

Penting bila zaman Universiti ni, cuba jadi seorang peramah, kenal lebih ramai orang.

Ada yang positif kita follow, yang negatif tu kita bagi nasihat ajak jadi baik.

Nanti bila dah habis belajar, zaman Universiti ni lah yang akan dirindui selalu. CONFIRM! Belajar rajin-rajin, jangan hampakan mak ayah. Tu paling important gitew.

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

teknologi
Artikel lain...