English Exit Test UiTM – Perlu Tahu Sebelum Ambil

Table of Contents

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on whatsapp

Student UiTM memang wajib ambil subjek English Exit Test sebelum tamat pengajian untuk Sarjana Muda. Kalau tak, kira tak boleh graduate course yang anda ambil.

Secara kasar, EET ni ada Speaking dan Writing. Jadi apa sebenarnya yang akan ditanya dalam Speaking dan Writing ni nanti?

Jadi, di bawah ni adalah contoh soalan Speaking dan Writing ini.

Sample soalan :

Speaking

Writing

Dah tahu bentuk soalan, kita kena banyakkan latihan untuk biasakan diri kita dengan ujian sebenar nanti. Walaupun ramai orang kata, “senang je”, “takyah study ah”. Lain orang lain perspektif.

Kalau anda rasa anda lemah dalam Bahasa Inggeris kena banyak latihan okey?

Kenapa Perlu Ambil EET?

Ada juga kawan-kawan saya yang tanya, kalau tak ambil EET effect apa-apa tak? Jawapan yang betulnya, kalau anda tak ambil EET anda tak boleh graduate Degree.

Nak Study Apa EET?

EET Speaking random. Boleh guna past exam untuk tahu format. Tak lari jauh format tu.

Contoh soalan exam past semester.

Sebelum ni, saya dah buat satu posting berkaitan nota-nota percuma yang anda boleh guna untuk jawab EET nanti.

Bila Test EET?

Biasanya EET diadakan pada penghujung semester bulan-bulan Final Exam. Ni pada tahun 2020 masih lagi macam tu. Tahun akan datang kena semak semula dengan jadual HEA UiTM.

Setiap cawangan UiTM jadual berbeza pada kebiasaannya. Jadi pastikan jadual anda tu betul okey? hehe

Speaking Test EET

Kita nanti akan bercakap dengan computer untuk speaking test, pelajar akan dipinjamkan 1 earphone yang ada mikrofon, macam kerja kat drive thru McD tu hehe

Bila bercakap ni, lagi banyak latihan lagi banyak pengalaman speaking.

Lepastu kita dengar soalan, 2 minit untuk bersedia jawab soalan dan cakap dekat situ menggunakan suara kita. Nanti suara kita akan direkodkan.

Examiner akan dengar suara kita untuk semak betul ke salah yang kita jawab tu.

Suasana akan bising sebab semua classmate kita akn bercakap serentak pada masa tu. Kalau betul-betul ramai memang kena fokus betul2.

Writing Test EET

Bahagian kedua ni Writing. Nama pun writing, jadi korang kena menulis. Haa feeling dia sama macam final exam.

Terpulang juga kampus universiti, ada yang buat kat Dewan besar, ada yang buat kat kelas.

Secara umum, writing ada 2 SOALAN.

Soalan pertama : Format email. Kurang dari 150 perkataan (berkaitan dengan situasi bila bekerja)
Soalan kedua : Tulis artikel/essay lebih kurang 250 perkataan berkaitan tajuk.

Kesimpulan

EET ni, tak ganggu CGPA awak. Sebab tu ramai yang tak belajar pun jawab exam ni. Tapi kena tahu format soalan la sekurang-kurangnya kan? Senang la sikit nak jawab tu nanti. Apa-apa pun Semoga Dipermudahkan urusan awak menjawab English Exit Test!

Ada apa-apa soalan atau perbincangan boleh tanya di ruangan komen di bawah.

2 thoughts on “English Exit Test UiTM – Perlu Tahu Sebelum Ambil”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *