app cat dinding

Apps cat dinding PERCUMA, berguna kepada yang nak ubah suai dalaman rumah

Table of Contents

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on whatsapp

Ramai yang sedang ubah suai dalaman rumah sekarang ni mesti nak cantik kan. Lepas itu, mesti warna nak selari dengan perabot dalam rumah kan. Anda kena ada apps ini untuk sesuaikan warna dinding yang anda nak dengan perabot dalam rumah anda.

Apa lah perasaan kalau pergi ke kedai cat beli warna cantik, tetapi apabila balik rumah dah mengecat tak sesuai pula dengan hiasan lain dalam rumah.

Jadi, selepas ini dah tak perlu risau dah. Dah boleh cat 100 kali. PERCUMA sahaja! Baca sehingga habis kalau nak naikkan aura dalaman rumah anda.

Cara nak cat bilik 100 kali dengan PERCUMA

Pernah dengar jenama Dulux? Jenama cat terkenal yang selalu nampak dalam TV. Terjumpalah satu aplikasi dekat Playstore dan Appstore.

Aplikasi ni memang sangat berguna untuk siapa yang nak ubah suai ruang dalaman rumah.

Boleh cari “Dulux Visualizer MY” kalau nak download.

Saiz aplikasi ni untuk iOS adalah 89.9mb. Dikira sebagai okey, tak besar tak kecil. Rating pun 4.4 bintang orang review.

Lepas dah muat turun aplikasi itu, buka apps dan pilih gambar camera dekat penjuru kanan bawah macam dalam gambar di bawah.

Pastikan yang kamera dah boleh diakses oleh aplikasi kita muat turun tadi.

Tangkap gambar kawasan yang nak dicat, pastikan dinding ada dalam gambar.

Lepas dah ambil gambar kawasan yang nak dicat, terus pilih warna di bawah, lepas tu tekan bahagian dinding mana yang nak dicat.

Cuba eksperimen warna-warna yang ada, banyak sangat pillihan rambang mata dibuatnya. Gelap ada, cerah pun ada.

Seeloknya bilik kena terang sewaktu tangkap gambar. Barulah senang nak nampak masa depan macam mana apabila bilik itu dicatkan.

Selain boleh bayangkan warna cat bilik, dengan 1000 kali cat secara percuma banyak lagi ciri-ciri lain yang ada dalam aplikasi ini.

Ada tips, idea dan video yang boleh diinspirasikan.

Dulux Vs Jotun

duluxvsjotun

Boleh cuba juga aplikasi Jotun, fungsi aplikasi mereka juga kebanyakkan lebih kurang sama. Boleh cuba eksperimen dengan warna-warna.

Dulux


Cat Dulux ni cantik, dah bertahun-tahun dah jenama ini di pasaran. Di pasaran sekarang dah banyak yang menggunakan nama Dulux ini sebagai barangan fake.

Jadi, anda kena pastikan sebelum membeli, anda kena cari penjual yang sah.

Jotun

Cat Jotun pula, kalau nak yang tahan lama pilih Jotun. Sesuai juga untuk cat bahagian luar rumah. Cat boleh bertahan lima tahun minimum ada yang tahan berbelas tahun pun ada.

Tak perlu dah anda nak cat banyak kali. Banyak kos nak kena keluarkan. Paling penting, penampilan cat ini nampak cantik.

Pilih Warna Yang Sesuai Dengan Bilik

Terpulang kepada anda nak warna bilik yang tenang, ceria atau gelap. Lain orang lain citarasa. Paling penting sekali, memudahkan kita untuk tidur kan?

Sebelum anda memilih warna, kena pilih rasa yang kita nak apabila duduk dalam bilik tersebut.

5 Warna Bilik Tidur 2020

Biru – Ketenangan, kedamaian

Coklat – Klasik, tradisional

Hijau – Alam semulajadi, hutan tropika

Merah Jambu – Kasih sayang, belas kasihan, cinta

Ungu – menenangkan saraf otot, redakan tekanan

Menurut kajian oleh Travelodge, peserta yang tidur dalam bilik tidur bercat biru tidur paling nikmat, merekodkan masa purata selama 7 jam 52 minit sewaktu tidur tiap malam. Warna lumut hijau, kuning pucat dan kelabu antara yang teratas masa purata tidur.

Warna ungu antara yang kurang rekod masa purata dengan masa purata selama 5 jam 56 minit setiap malam.

Warna merah adalah warna yang MESTI dielakkan kerana dipercayai melambangkan bahaya, boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi.

Pilih warna bilik bersesuaian dengan tujuan bilik itu sendiri. Contoh tadi bilik tidur, kena bagi warna yang tenang. Kalau ruang tamu, bagi warna yang ceria. Dapur beri warna yang melaparkan. Harap bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *