Newbie Rekod Skrin OBS Studio

Table of Contents

Cara Rekod Skrin Menggunakan OBS Studio – Panduan Newbie

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on whatsapp

Tahu cara nak rekod skrin sangat mengujakan untuk anda berkongsi hobi anda bermain game atau berkongsi ilmu bermanfaat kepada penonton di Youtube! Dalam artikel ini anda akan belajar cara mudah untuk rekod skrin menggunakan OBS Studio.

Dalam entri sebelum ini, kami kongsikan beberapa Software PERCUMA Rekod Skrin Laptop Untuk Windows

Sangat sesuai untuk newbie yang pertama kali menggunakan OBS Studio. Semoga bermanfaat!

Artikel ini akan berikan anda 3 langkah mudah untuk anda mula rekod skrin komputer menggunakan OBS Studio. 

Download OBS Studio 

Langkah pertama, jelas sekali anda perlu download OBS Studio untuk menggunakannya. Anda boleh download pada laman web di bawah.  

OBS Download  

Setelah download, anda buka software OBS Studio pada Windows anda.  

OBS Studio

Windows icon >>> taip “OBS Studio”>>>Pilih OBS Studio 

Cara Ubah Format Video OBS Studio 

Penting untuk kita tahu cara-cara ubah format OBS Studio. Terdapat jenis fail yang ada tidak dapat digunakan untuk upload atas talian (online). 

Pada kebiasaan, pengguna akan menggunakan format .mp4 supaya mudah untuk dihantar dan dikongsi online. 

Anda boleh mengubah format rekod video dengan mudah.

Cari bahagian Settings, terletak pada bahagian bawah kanan skrin dalam software OBS Studio halaman utama.

Settings OBS Studio

Pilih Settings, kemudian paparan menu settings akan keluar. Ada banyak jenis settings yang anda boleh ubah termasuk mengubah kualiti video yang anda nak rakam.

Format Video OBS Studio

Kemudian, cari bahagian Output>>>Recording>>>Recording Format>>>pilih .mp4>>>Klik OK.

Cara Setting Rekod Skrin OBS Studio

Bahagian pertama dah siap, bahagian kedua perlu setting OBS Studio untuk mula rekod video. Settingnya mudah saja.

Display Capture OBS Studio

Pada panel bahagian bawah OBS Studio ada butang “+”, klik butang tersebut dan kemudian pilih “Display Capture”.

Screen Source OBS Studio

Klik OK.

Display monitor OBS Studio

Kemudian, klik OK lagi.

Skrin Rekod OBS Studio

Dah dapat dah skrin macam tu dah boleh rekod maksudnya tu. Nampak panel bawah tu, boleh tekan butang “Start Recording”.

Rekod Skrin OBS Studio

Dah buat konten yang ada nak buat, lepas tu nak cari balik video yang anda rekod? Tak jumpa?

Langkah ketiga, “Show Recordings”.

Folder OBS Studio

Bahagian menu atas, File>>>Show Recordings. Anda akan jumpa hasil rekod video anda yang lepas menggunakan OBS Studio.

Siap! Tahniah anda berjaya rekod video skrin menggunakan OBS Studio!

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on whatsapp

1 thought on “Cara Rekod Skrin Menggunakan OBS Studio – Panduan Newbie”

  1. Pingback: Software PERCUMA Rekod Skrin Laptop Windows | asastip

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

teknologi
Artikel lain...
Cara Buat Slide Cantik

Cara Buat Slide Cantik

Slide pembentangan nampak biasa-biasa sahaja? Nak belajar cara buat slide? Artikel ini akan rungkaikan cara buat slide cantik. Sememangnya sekiranya kita cuba buat carian Google

Read More »