Cara Tambah Followers

Table of Contents

Cara Jadi Famous dengan 1000 Peminat Sebenar

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on whatsapp

Anda blogger, penulis, pemuzik, Youtuber, pelakon, artis, atau sesiapa yang membina sesuatu.

Tak perlu jadi terkenal untuk jadi berjaya. Cara jadi famous tak perlukan sejuta peminat.

Tak perlu seluruh dunia kenal anda. Anda hanya perlukan 1000 peminat sebenar sahaja.

Peminat Vs Peminat Sebenar

Peminat sebenar adalah mereka yang berdedikasi dalam menyokong apa yang anda ada.

Mereka subscribe Youtube channel anda, follow Twitter, Facebook dan setiap saluran yang ada.

Mereka juga menyokong segala apa produk yang anda ada. Mereka berkongsi posting anda dengan sesiapa yang mereka kenal.

Kenapa Peminat Sebenar?

Bayangkan anda mempunyai 1000 peminat sebenar. Mereka sentiasa menyokong apa yang anda lakukan.

Anda ada 1000 peminat sebenar, setiap tahun mereka menyumbang RM100 kepada anda. Setahun dah 100,000.

Contoh, jika anda mempunyai kerja yang membayar anda gaji RM30,000 setahun sekarang. Anda perlukan 300 peminat sebenar yang menyumbang RM100 dalam setahun untuk anda.

Jika anda ada 150 peminat sebenar, anda boleh sasarkan untuk dapat RM200 dari seorang.

Kiraan mudah,

300 peminat sebenar X RM100 = RM30000

150 peminat sebenar X RM200 = RM30000

Jadilah kan? Perkara ini perlukan proses dan masa. Tetapi logik untuk dilakukan.

Cara Jadi Famous Dengan 1000 Peminat Sebenar

Ini adalah maksud “peminat sebenar” menurut Kevin Kelly (penulis 1000 True Fans),

“Apa pun minat anda sebagai pencipta (creator), 1,000 peminat sebenar anda adalah satu klik dari anda. Sejauh mana yang saya tahu – tidak ada produk, tidak ada idea, tidak ada keinginan yang tiada peminat di internet. Semua yang dibuat atau difikirkan dapat menarik minat sekurang-kurangnya satu orang dalam sejuta orang. Caranya adalah dengan mencari peminat secara praktikal, atau, lebih tepat lagi, agar mereka dapat menemui anda.”

Anda boleh download dan baca buku Kevin Kelly ini di sini.

Buku ini sangat informatif tentang bagaimana anda boleh dapatkan 1,000 peminat sebenar anda.

Tidak ada masalah sama ada anda menjual peralatan sukan, jual baju atau perkhidmatan pemasaran, terdapat 1,000 orang di antara berjuta-juta pengguna internet yang akan membayar untuk apa yang anda ada.

Inilah kehebatan pasaran niche yang khusus!

Cara Jadi Famous Dengan Peminat Sebenar

Pada peringkat awal proses mengembangkan peminat anda, anda perlu:

1. Bersikap realistic dan relevan dalam perkongsian

2. Jadikan diri anda Autoriti

3. Berikan idea yang menarik minat peminat niche anda

4. Fokus pada poin yang boleh mengubah emosi pendengar anda

5. Berikan seberapa banyak nilai yang boleh

6. Dapatkan Maklum Balas dan buat penambahbaikan

Jika anda baru berjinak nak mulakan bisnes di Instagram, kena tahu asas berniaga di Instagram.

Tips-tips tersebut hanyalah berguna jika anda konsisten melakukannya. Ikon-ikon yang terkenal ini ada persamaan dari segi cara mereka membuat posting di media sosial mereka.

Cara Buat Post Gaya Instafamous

1. Share Bakat Anda Di Instagram

Anda pandai menyanyi? Pandai memasak? Ada bakat main piano? Tak kisahlah apa pun bakat yang anda ada. Besar atau kecil, yang penting anda memberikan sesuatu yang menghiburkan di platform media sosial.

Bakat Instagram

Platform media sosial bersosial, mudahkan follower anda untuk share video anda. Semakin tinggi nilai yang anda berikan dalam video anda, semakin mudah orang akan share video anda.

2. Share Gambar Dan Itinerary Travel

Kongsikan pengalaman anda melancong. Melancong dalam negara atau luar negara tak kisah. Kita kena tahu, walaupun tempat yang tidak terkenal yang kita pergi, jika terdapat perkara yang menarik, orang lain belum pernah alami pengalaman yang sama. Kongsikan kepada mereka!

Kongsi gambar anda melancong, tempat menarik dan itinerary travel bajet yang anda pilih. Lagi-lagi anda boleh kongsikan dalam Group Facebook untuk berinteraksi dengan ahli komuniti. Ini akan tingkatkan kredibiliti anda.

3. Share Video Unik Atau Comel

Video unik atau comel ini sangat mudah untuk dapatkan penonton yang tinggi dari media sosial. Boleh dikatakan ramai yang suka dengan video sebegini.

Sebagai bukti, gambar telur pun boleh dapat 10 juta likes di Instagram. Rekod dunia ni tau. Unik!

4. Share Video Mukbang Anda

Makan je dah boleh jadi instafamous. Sekarang ni memang ramai yang buat mukbang, challenge dan review apa saja makanan sebab orang suka tengok. Percaya atau tak, ada yang record video mukbang tengah makan ayam goreng pun dah dapat beribu viewers. Makan cheesecake pun 200,000 view.

Dah boleh set up kamera anda, mulakan hari ini! Paling penting kena buatkan makanan tu nampak sedap dan menggiurkan. Rekod, makan dan share di Instagram, Youtube. Dah boleh jadi instafamous.

5. Share Benda Yang Paling Gila Anda Pernah Lakukan

Ramai yang kata publisiti murahan ni tak guna kalau anda buat, tetapi memang dah terbukti boleh viral dengan publisiti sebegini.

Anda yang hati kental, muka tebal dan tahan caci maki boleh cuba post video atau gambar perkara yang paling gila. Ini memang cara jadi famous yang cepat, sekejap je dah sampai kat website yang buat kontroversi.

(Tak digalakkan bagi masalah tekanan jiwa dan jaga nama baik keluarga)

Lagi laju lah korang akan terkenal, memang berdesup followers masuk. Benda viral, walau orang caci maki orang follow. Dari situ dah boleh jadi instafamous dan dapat beribu duit dari Instagram. Dengan cara ini memang cepat anda naik, tetapi boleh juga jatuh dengan cepat mengganggu emosi anda setiap kali anda nak tidur setiap malam.

6. Share Perkara Yang Bermanfaat

Berkongsi perkara yang bermanfaat kepada orang, memudahkan kehidupan orang lain, sememangnya orang akan rasa sesuatu itu bernilai. Confirm ramai orang share apa yang anda lakukan.

Kita berikan contoh, Ustaz Ebitlew sentiasa berikan manfaat kepada ramai orang yang memerlukan. Beliau bantu orang dari segi keperluan hidup, kewangan dan ilmu. Mula lah berkongsi apa sahaja yang anda tahu kepada orang sekeliling anda secara konsisten. Memang orang akan share apa yang baik anda lakukan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

teknologi
Artikel lain...