buang background cepat online

Table of Contents

Cara Cepat Buang Background Gambar Anda Online Sepantas 5 Saat!

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on whatsapp

Nak buang background gambar dengan cepat, tetapi tak tahu nak guna Photoshop, atau photo editing yang lain. Ada alternatif lain, memudahkan anda buang background gambar secara online dengan cepat.

Guna Photoshop atau photo editing yang lain boleh juga, lebih tepat hasilnya.

Tak semua orang mahir guna Photoshop. Perlu skil yang baik untuk anda guna Photoshop.

Oleh itu, ada satu website yang boleh bantu kita buang background dengan cepat. Tanpa membuang masa, anda kena pergi ke website remove.bg

Kenapa Buang Background?

Anda ada gambar. Tetapi kurang berminat kepada background kerana ada bahagian yang mengganggu. Boleh guna skil ini.

Ini adalah antara skil yang tinggi kalau menggunakan Photoshop. Dengan menggunakan website ini, anda akan jadi pro selepas 5 saat menggunakannya.

Tak payah buat di Photoshop lagi dah untuk buang background.

Buang Background Logo

Sebagai contoh, boleh buang background logo jenama anda. Anda juga boleh buang latar belakang untuk gambar yang ada manusia, haiwan, produk dan kereta.

Anda bakal terkejut dengan cepatnya proses buang background. Baca sehingga habis.

Buang Background dengan Cepat

Caranya sangat mudah, pertama, buka website, anda perlu pilih gambar anda yang nak buang bahagian belakang, anda tak perlukan.

Dah pilih gambar, masukkan dalam website.

Cara nak masukkan gambar dalam website ada dua.

Satu, Tekan icon “Upload Image”, kemudian pilih gambar yang anda nak buang background.

upload gambar

Dua, boleh pilih daripada fail folder anda dan masuk ke browser tampal di situ.

upload gambar background

Dah berjaya masukkan gambar, tak sampai 5 saat. BOOM! Dah siap!!

Gambar Asal

Hasil

buang background tanpa putih

Background dah hilang, anda boleh save, simpan dan gunakan gambar yang dah tak ada background. Jimat masa berbanding kalau gunakan Photoshop.

format buang background

Anda boleh pilih gambar penuh atau gambar seperti dalam previu. Terpulang kepada anda nak kualiti yang mana satu.

Penutup

Anda boleh gunakan website ini atau website yang lain untuk buang background online. Kalau secara offline, anda boleh gunakan Photoshop atau Photo Editing software yang lain.

Menggunakan website ini, anda jimat masa yang banyak! Potongan website ini berkualiti mengasingkan bahagian yang tak pakai untuk buang background gambar dengan cepat.

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

teknologi
Artikel lain...