Table Of Content Mudah

Cara Buat Table Of Content Automatik (Step-by-Step)

Table of Contents

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on whatsapp

Pening nak buat Table Of Content, boleh buat cara automatik kan best? Tak payah nak skrol atas bawah dah.

Bayangkan buat kerja kursus panjang sampai 20-100 muka surat tak ke jenuh nak skrol atas bawah nak tengok nombor muka surat tu.

Ada juga mereka yang pening kalau dah 100 muka surat kerja kursus nak buat bahagian rujukan/references. Nak cari paper rujukan percuma pun susah.

Memang senang nak ingat nombor muka surat tu, tetapi banyak masa kitab oleh jimat kalau menggunakan teknik yang betul kan?

Word sememangnya diciptakan untuk anda membuat kerja kursus dan Word ada banyak ciri-ciri yang memudahkan anda sebagai pengguna.

Cuma ramai yang tak tahu…

Ikut step-by-step proses mudah di bawah.

1.    Pilih Jenis Heading

Manfaatkan penggunaan Heading…

Apabila anda memilih jenis heading, ini akan memberi petunjuk kepada word untuk membuat struktur dan menguruskan dokumen anda dengan baik.

Cara untuk pilih jenis heading bersesuaian?

Dalam Word, Home>>>Styles

Jenis Heading

2.    Insert Table Of Content

Bahagian paling mudah!

Masukkan Table Of Content secara auto, pergi ke tab References >>> Table Of Content.

Jenis Table of content

Ada jenis-jenis juga Table Of Content. Anda boleh lihat pada gambar di atas jenis-jenis yang boleh digunakan.

Sebagai contoh, Table Of Content ini akan menunjukkan di mana setiap bahagian ini akan mula. Chapter berapa, muka surat berapa.

Bahagian Jadual Konten

Table Of Content ini juga telah secara auto-link kepada muka surat heading tersebut…

Cara nak pergi ke muka surat adalah tekan CTRL(Keyboard) + Klik pada Heading.

3.    Auto-Update Table Of Content

Dah settle semua, tiba-tiba ada tersilap buat pulak, nak update Table Of Content. Mudah je!

Table of content

Tukar apa yang anda nak, klik Update Entire Table pada Table Of Content. Tekan OK. Siap!!

Table Of Content

Tak perlu pening dah cara buat Table Of Content lepas ni. Ada kerja kursus 1000 muka surat pun mudah je nak buat.

Kalau anda nak tahu lebih lagi tentang Table Of Content, anda kena belajar tutorial daripada Microsoft, Table Of Content Cara Pro.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *