laptopmalaysia

Cara Asas Dan Cepat Untuk Lajukan Laptop 2020

Table of Contents

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on whatsapp

Laptop selalu tersekat? Selalu ada masalah? Bila nak buat kerja saja buat hal. Ada banyak cara nak lajukan laptop.

Zaman sekarang ini semua orang nak buat kerja dengan cepat. Tak ada masa dah nak buang dengan laptop yang lambat. Mesti geram tengok laptop lambat.

Tips yang akan dikongsi ini antara yang asas anda kena buat untuk percepatkan proses laptop anda. Diharap tips ini dapat membantu laptop anda berfungsi dengan lebih baik.

Anda boleh gunakan tips ini untuk anda cuba sendiri pada laptop anda secara percuma. Cuba kesemua tips ini untuk hasil yang optimum.

1. Hadkan program ketika “startup”

Apabila kita buka laptop kita, akan ada pengisian yang akan dibuka secara automatik. Jadi, kita kena tutup semua pengisian yang mengganggu proses permulaan ini. Kita akan hadkan program yang akan dibuka. Lajukan PC dengan hadkan program ketika “startup”.

Hadkan program ketika startup

Klik kanan tetikus pada taskbar di bahagian bawah, akan keluarkan paparan seperti di bawah.

Selepas itu, pilih task manager.

Task manager startup

Pilih startup. Ini adalah senarai pengisian yang biasa memakan RAM pc anda. Anda kena kurangkan penggunakan RAM anda untuk prestasi pc yang lebih baik.

BONUS : Selain daripada startup, anda boleh lihat processes dan performance.

Processes

task manager processes end task

Pada processes, anda boleh pilih pengisian yang anda tak gunakan. Anda boleh perhatikan pengisian yang mana memakan memory yang besar. Tekan end task untuk buang proses pengisian tersebut.

Performance

Task manager performance

Pada performance pula, anda boleh lihat bagaimana prestasi laptop anda dari masa ke masa. Anda boleh perhatikan graf prestasi laptop. Di situ, anda boleh lihat penggunaan CPU, memory(RAM), hard disk, network anda.

2. Uninstall program yang tak digunakan

Anda ada banyak pengisian yang pernah di muat turun tetapi dah tak digunakan? Boleh uninstall program tersebut untuk ringankan ruang disk anda. Lajukan PC dengan uninstall program yang tak digunakan.

  • Search Control Panel
Uninstall program control panel
  • Pilih uninstall a program
  • Kemudian, pilih program yang dah digunakan lagi untuk jadikan laptop anda lebih efisien
Uninstall program

3. Disk Cleanup

Disk Cleanup adalah untuk buang Temporary Internet Files, Download Program Files, dan Offline Webpages. Disk Cleanup juga mengosongkan Recycle Bin, Delete Temporary Files dan Thumbnails. Lajukan PC dengan disk cleanup.

Windows 10

  • Tekan butang windows + r (papan kekunci)
run disk cleanup
  • Taip “cleanmgr”
  • Tekan enter.
  • Pilih disk mana yang nak dibersihkan
disk cleanup drive selection
  • Dicadangkan untuk cleanup, recycle bin, temporary files dan thumbnails.
disk cleanup

Downloads boleh cleanup kalau tak ada files yang penting. Pastikan semak dulu files dalam downloads sebelum tick downloads.

4. Disk Defragment

Defragment adalah berkaitan dengan sistem fail dalam hard disk. Defragment berfungsi untuk menyusun semula data yang dah disimpan pada storage. Ini membenarkan anda untuk akses data yang ada dalam storage hard disk dengan lebih laju. Lajukan PC dengan defragment.

Namun, ada bahayanya untuk defragment laptop ini. Baca sampai habis kalau nak tahu.

Windows 7, Windows 8 Dan Windows 10

  • Search “disk defragment”.
  • Klik analyze selepas Disk Defragment dibuka.

Atau anda boleh ikut urutan mengikut gambar di bawah untuk cari Disk Defragment.

find disk defragment

Analyze ini berfungsi untuk  tahu samada storage anda perlu dibuat defragment ataupun tidak.

optimize disk defragment

Masa yang diambil untuk proses siap bergantung kepada tahap fragment pada storage anda. Kelajuan read & write akan lebih laju tanpa fragment pada disk anda. Namun, bukan semua laptop boleh run defragment ini kerana ada yang boleh membahayakan.

Sebaiknya, gunakan utility ini semasa tengah malam atau waktu yang tidak anda gunakan kerana mungkin mengambil masa yang lama.

PENTING : Disk defragment ini hanyalah sesuai untuk pengguna hard disk jenis HDD sahaja. Kalau anda pengguna jenis SSD ini membahayakan drive anda boleh mengakibatkan drive cepat rosak. Prestasi pun tak akan berbeza sangat.

5. Buang animasi

Setting ini akan mengurangkan penggunaan animasi dalam laptop anda. Bergantung pada kemampuan prestasi laptop anda.

  • Tekan Windows Key dan search Control Panel.
  • Selepas itu, pergi Control Panel > System and Security > System.
  • Pada panel sebelah kiri, klik Advanced System Settings.
buang animasi advanced system settings performance options
  • System Properties akan keluar, klik settings di bahagian performance.
performance options untuk animasi
  • Performance Options, pilih adjust for best performance.

6. Restart PC

Cara paling mudah, ternyata ramai yang biarkan laptop anda buka sepanjang minggu. Lajukan PC dengan restart. Berikan PC anda restart sekali dalam seminggu.

Cadangan yang lebih baik, setiap hari shut down PC anda apabila selesai digunakan.

Kalau PC anda problem, butang Windows pun dah tak nampak, tahan butang power sehingga padam sepenuhnya.

7. Update Windows

Kemaskini windows yang anda gunakan sekarang, biasanya windows mengeluarkan update untuk windows bergerak dengan lebih efisien. Selain daripada membuang bug-bug yang menyebabkan masalah proses windows.

Sentiasa update windows untuk jaga prestasi PC anda. Contoh jika ada update terbaru, back up dahulu kerja-kerja yang penting. Biasanya anda kena Restart PC anda selepas update dijalankan. Ini akan lajukan PC sedikit berbanding sebelumnya.

3 thoughts on “Cara Asas Dan Cepat Untuk Lajukan Laptop 2020”

  1. Pingback: Software PERCUMA Rekod Skrin Laptop Windows | asastip

  2. Pingback: 10 Tips Lebih Produktif Setiap Hari | asastip

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *