Penulis

faiz happysupina

SEBAB #1 – Life Documentation

Dengan menulis, aku nak susun semula memori yang pernah dilalui dalam blog. 

Dalam kepala ni kadang-kadang berasap juga nak ingat balik tentang memori yang indah. Memori banyak yang dah dilalui tetapi kita kan manusia yang mudah lupa

Dengan cara menulis blog mampu meningatkan diri balik pada apa yang dilalui.

SEBAB #2 – Memberi Manfaat

“Sebaik-baik manusia adalah mereka yang memberi manfaat”. Setiap hari manusia ada 24 jam, sama saja. Membezakannya, cara kita memanfaatkan masa. Baik atau buruk, kita yang menentukan.

SEBAB #3 – Suka Menulis

Sebelum ni, tak perasan pun ada hobi menulis. Bila dah explore macam-macam, rasa macam tak boleh nak simpan semua dalam kepala. Baik menulis, keluarkan segala jus dalam kepala.

Ramai ikon hebat juga berpendapat dengan menulis, dapat mengembangkan minda. So why not kan?  

Ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah.

Merasa kegagalan confirm kena lalu untuk berjaya. 22 tahun hidup, Alhamdulillah banyak yang aku belajar. Percaya pada orang yang salah mengakibatkan kerugian besar dalam hidup.

Pernah bertugas sebagai Fasilitator membantu usahawan di luar bandar Sarawak, membantu mereka mendalami Digital Marketing seperti Facebook dan Instagram.

Aku sendiri pernah run bisnes Dropship yang cecah 4 angka sebulan hanya menggunakan Instagram. Dropship saja, tak perlu simpan stok.

Moga dengan tips-tips yang ada dalam blog ini dapat membantu sesiapa saja yang mencari ilmu baru.