Asas-Bina-Bisnes-di-Instagram

Table of Contents

5 Asas Bina Bisnes di Instagram Panduan Untuk Newbie

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on whatsapp

Instagram antara platform online yang tertinggi jumlah penggunanya di dunia. Anda kena faham cara asas bina bisnes di Instagram untuk menonjolkan lagi imej jenama anda di pasaran.

Nak mula kena ada asas yang kukuh dahulu, nanti langgar tembok kita juga yang rugi. Jadi, dalam artikel ini akan membincangkan 5 asas yang anda WAJIB tahu untuk mula bina bisnes di Instagram.

Secara asasnya, Instagram adalah media sosial untuk bersosial. Gunakan untuk sosial. Jika anda bersosial dengan orang yang betul, mereka pun akan bersosial dengan anda. Mudahkan?

Tips-tips ini sangat mudah tetapi jarang dititikberatkan pengguna Instagram untuk bisnes mereka.

1. Post Yang Menarik (Gambar Dan Video)

Gambar atau video anda gunakan mestilah berkualiti. Ini penting, untuk menunjukkan jenama anda di Instagram demgan mementingkan kualiti barang yang anda jual.

Lihatlah pada brand yang terkenal, anda boleh rujuk jenama seperti Nike, Adidas dan Puma.

Gambar atau video yang menarik mereka gunakan. Antara sebab lain, gambar atau video adalah perkara yang pengguna Instagram fokus.

Untuk usahawan mikro, yang baru sahaja bermula, kami sarankan supaya ambil gambar menggunakan phone jika anda tiada bajet yang besar.

2. Penggunaan Link Di Bio

Instagram sedikit berbeza dari laman web lain kerana anda hanya boleh meletakkan satu pautan ke profil anda.

Anda tidak dapat menambahkan pautan yang dapat diklik pada profil anda. Sebab itulah, biasanya anda akan melihat orang menghabiskan kapsyen mereka dengan “tekan link di bio.” Ini antara asas yang anda wajib ada dalam profil Instagram anda.

Dalam bio anda, link inilah satu-satunya benda yang boleh tekan. Manfaatkan sebaik mungkin. Tak pakai memang rugi.

Sekarang, kerana anda hanya mempunyai satu pautan untuk diletakkan, anda perlu berhati-hati dengannya. Kami mengesyorkan anda membuat landing page khusus untuk anda sendiri.

3. Bio Yang Menarik

Perkara pertama bakal follower anda akan baca pada page anda adalah bio anda.

Manfaatkan 15 saat pertama mereka yang baca bio anda. Jika mereka suka bio anda, barulah mereka akan skrol segala gambar yang anda dah pernah post.

Letakkan pencapaian tertinggi anda.

Instagram Neil Patel
Letakkan pencapaian tertinggi pada bio

Pada bio, anda perlu ceritakan serba sedikit mengenai bisnes yang anda lakukan. Tonjolkan jenama anda pada pelanggan sasaran anda. Tarik perhatian pembaca yang berkunjung ke profil anda, beri mereka rasa nak follow.

Jika anda tak yakin untuk letakkan pencapaian anda, boleh cuba letakkan nilai bakal anda tawarkan untuk bakal pelanggan di Instagram.

Instagram Premium Shades
Letakkan apa yang bakal anda tawarkan

Lebih ringkas lebih baik. Kalau panjang sangat pun orang tak suka baca.

4. Buat Profil Instagram Untuk Bisnes

Antara kelebihan menggunakan profil Instagram untuk bisnes, anda boleh melihat statistik pengguna yang follow akaun anda.

Sangat bernilai statistik ini. Anda boleh lihat berapa orang yang tekan link pada profil, followers ramai lelaki atau perempuan dan berapa user yang dah lihat posting anda.

Banyak lagi ciri-ciri yang lain penting untuk anda tahu.

5. Pilih Gambar Profil

Guna gambar profil yang sama dengan media sosial yang lain.

Ketika memilih gambar profil, penting bagi orang untuk mengenalinya dengan segera ketika mereka mengunjungi profil Instagram anda. Ini bermaksud memilih salah satu pilihan berikut untuk kebanyakan perniagaan.

  • Logo
Instagram Nike Malaysia
Gambar Profil Yang Sama di Semua Platform (Logo)
  • Logomark (logo, tiada perkataan)
Reebok Instagram Malaysia
Gambar Profil Yang Sama di Semua Platform (Logomark)

Tidak ada betul atau salah di sini, anda boleh pilih yang mana anda suka. Dengan memilih gambar profil yang baik juga adalah salah satu cara untuk menjenamakan jenama anda di mata bakal pelanggan anda.

Penutup

Manfaatkan segala alat yang ada dalam Instagram, paling penting anda kena ingat media sosial ini tempatnya untuk bersosial.

Pergi ke page-page lain, tinggalkan komen anda pada posting mereka. Mereka akan minat untuk komen balik pada posting anda.

Tingkatkan interaksi yang berkualiti. Larangan keras untuk komen menjual terlalu kerap. Orang akan naik muak dengan anda.

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

teknologi
Artikel lain...