Apps Untuk Pelajar Universiti

5 Apps Untuk Pelajar Universiti Tingkatkan Produktiviti Belajar Online

Table of Contents

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on whatsapp

Pelajar Universiti perlu tingkatkan produktiviti untuk belajar online. Apps untuk pelajar universiti mudah untuk pelajar gunakan sebab telefon pintar sentiasa melekat pada tangan pelajar zaman sekarang.

Nota dulunya secara atas kertas, pelajar juga perlu adaptasi pengajaran untuk simpan nota-nota secara online untuk mudahkan proses ulangkaji nanti.

Pening Simpan Nota Terabur

Sebabnya kebanyakkan nota-nota cuma diberikan secara online oleh pensyarah-pensyarah universiti.

Selain itu, masa memainkan peranan. Uruskan masa sebaik nya. Kalau tak urus masa sebaik nya memang susah untuk “up-to-date” dengan pengajaran dan pembelajaran.

Kebanyakkan apps ini adalah daripada Google dan Microsoft.

Antara kelebihan gunakan apps daripada mereka adalah majoriti adalah percuma. Selain, mudah digunakan, boleh simpan dalam cloud.

Jadi, apakah apps bantu produktiviti belajar online ni?

1. OneNote

Download iOS / Android

Credit : Collaboration Coach – Youtube

Secara personal, lebih ramai yang gunakan OneNote gunakan PC/laptop. Apps ini sesuai untuk pelajar universiti yang banyak nota, senang nak search balik nota-nota yang dah lama.

Nota-nota yang lebih panjang sesuai untuk simpan dalam OneNote.

Lebih tersusun dan memudahkan untuk simpan nota-nota.

2. Google Keep

Download iOS / Android

Google Keep dalam Google Calendar – versi PC/laptop

Tiba-tiba terfikir tentang idea untuk FYP, idea jatuh dari langit, cepat-cepat pergi ke Google Keep tulis idea untuk anda gunakan masa depan nanti.

Google Keep ni macam OneNote tetapi untuk nota-nota ringkas.

Anda boleh letakkan gambar, audio, buat to-do-list. Memang multi-functional untuk simpan nota personal.

Paling BEST, Google Keep ni boleh integrate dengan Google Calendar dekat PC.

Google Keep jugak disimpan secara dalam Cloud. Jadi, kalau anda tukar phone atau memori phone anda rosak, nota-nota semua masih selamat.

3. Google Calendar

Download iOS / Android

Susun jadual anda.

Ramai student tak terurus dari segi masa sebab tak buat planning. Kalau ada kalendar biasa yang dicetak pun okay saja.

Lebih jimat, gunakan Google Calendar, tak perlu cetak.

Fungsi Google Calendar dalam phone

Google Calendar boleh masukkan integrasi dengan aplikasi Google lain seperti Google Keep, Google Tasks dan Google Maps. (hanya untuk PC/laptop)

Google Calendar ni banyak fungsi yang anda boleh gunakan. Antaranya, notifikasi untuk telefon pintar. Notifikasi ini anda boleh set dari segi masa dan tarikh.

Dari pengalaman saya, saya jadualkan Google Meet saya pada tarikh dan masa untuk pembentangan kerja kursus. Apa yang menariknya, Google Calendar ini anda boleh hantar notifikasi kepada panel-panel saya secara automatik dengan masukkan email mereka. Mudah kan?

4. PDF Acrobat Reader

Download iOS / Android

Apps untuk pelajar ubahsuai dokumen yang telah berada dalam format pdf. Sebagai contoh, menambah ayat dalam pdf, cantum lebih daripada satu dokumen bersama dan susun muka surat.

Lebih sesuai digunakan untuk PC/laptop.

5. Cam Scanner

Download iOS / Android

Apps ini untuk memudahkan tukarkan format gambar kepada PDF. Snap gambar kemudian tukar ke Pdf. Sangat mudah digunakan.

6. Mendeley

Download iOS / Android

Mendeley PC/Laptop

Secara umum, Mendeley adalah apps untuk memudahkan pelajar universiti atau sesiapa saja untuk membuat kajian.

Kelebihan Mendeley, menyimpan paper research yang telah dimuat turun. Mudah untuk diintegrasi bersama Microsoft Word untuk Referens. Jimat masa, jimat tenaga.

Banyak fungsi dalam Mendeley seperti highlight dan juga disave secara online kalau anda log masuk.

Lebih sesuai digunakan untuk PC/laptop.

Gagal merancang adalah merancang untuk kegagalan

Semua 6 aplikasi ini InsyaAllah akan membantu meningkatkan produktiviti pelajar universiti untuk belajar secara online.

Semoga sharing ini bermanfaat. Jangan lupa share dan kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah. Terima kasih! Semoga maju jaya dan dipermudahkan urusan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *