3 Amalan Utama Murah Rezeki, Buat Setiap Hari Mudahkan Rezeki Datang

Table of Contents

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on whatsapp

Rezeki datang kerana amalan. Amalan murah rezeki bukan untuk kita dapatkan dalam bentuk kewangan saja. Kesihatan, keluarga dan ilmu bermanfaat kita kongsi pun rezeki.

Rezeki tak pernah salah alamat. Pertama kita perlu semak semula amalan seharian kita. Solat kita capai KPI yang baik tak?

Amalan Supaya Lebih Produktif Setiap Hari

Nak rezeki banyak perlu lah kita buat baik dengan pemberi rezeki. Setuju?

Paling penting, keberkatan rezeki yang kita dapat. Ambil masa setiap hari sekurang-kurang nya 5-10 minit untuk refleksi diri, sebelum tidur atau awal pagi.

Kalau saya, sebelum tidur lebih baik sebab antara waktu yang tenang untuk kita berfikir dan untuk set kan minda ke hari esok.

Cara Murah Rezeki Dengan Amalan Ini

Pertama sekali, PENTING untuk kita percaya bahawa pemberi rezeki adalah Allah S.W.T. Amalan-amalan ini hanyalah laluan-laluan untuk kita mendekatkan diri kita kepadaNya.

Amalan Murah Rezeki Yang Saya Amalkan Setiap Hari

1. Selawat Tafrijiyyah

Bacaan Selawat Tafrijiyyah
Bacaan Selawat Tafrijiyyah

Saya biasa amalkan semasa buat kerja, pasang dekat Youtube. Kemudian baca bersama. Banyak fadhilat yang kita boleh dapat dengan membaca Selawat Tafrijiyyah.

Maksud Selawat Tafrijiyyah

Maksud Selawat Tafrijiyyah
Maksud Selawat Tafrijiyyah

Selawat ini agak panjang untuk dihafal, jadi kita nak mudahkan pembacaan kita buka di Youtube saja, baca bersama.

Antara fadhilat Selawat Tafrijiyyah :

  1. Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.
  2. Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.
  3. Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.
  4. Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai
  5. Dia dilindungi daripada segala bencana dan malapetaka.
  6. Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.
  7. Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.
  8. Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.

2. Al-Waqiah Surah Kekayaan

Baca surah Al-Waqiah insyaAllah tak akan pernah rasa tak cukup.

Dengan mewiridkan Surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya.

Kelebihan Surah Al-Waqiah

Rasulullah SAW bersabda: “Ajarkanlah surah Al-Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka insyaAllahdia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.

3. Solat Sunat Sebelum Subuh

Sebaiknya solat sunat 2 rakaat sebelum Subuh ini jangan tinggalkan karena fadilatnya sangat dahsyat.

Panduan Lengkap Solat Sunat Rawatib Sebelum Subuh

Solat Qabliyah Subuh adalah solat sunat yang paling banyak pahala. Lebih baik daripada segala kebaikan isi dunia. Cuba bayangkan, harta, wang, pangkat jawatan, isteri , anak semuanya tidak kekal. Yang dulu cantik lama-lama jadi tua, bongkok, berkedut dan tidak secantik masa muda. “Segala sesuatu akan binasa,”(Surah al-Qashash ayat 88).

Penutup

Amalkan amalan murah rezeki yang saya kongsi ini satu kali sehari kalau tak mampu semua. Amalkan satu secara konsisten lebih baik daripada buat semua tapi hanya sekali.

Semoga istiqamah dalam amalan kita insyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *