tips produktif

Table of Contents

10 Tips Lebih Produktif Setiap Hari – Panduan Mudah

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on whatsapp

Di tahun 2020, menjadi lebih produktif adalah antara matlamat utama ramai orang. Kami akan kongsikan tips produktif setiap hari yang anda boleh praktikkan dengan mudah.

Apa maksud produktif?

Ukuran kecekapan seseorang, mesin, kilang, sistem, dan lain-lain, dalam menukar input menjadi output yang berguna. Lebih produktif adalah lebih baik.

Apa yang anda fikir tentang produktif?

Mungkin anda fikirkan tentang fokus untuk buat satu kerja, atau mungkin juga buat semua senarai kerja yang anda ada.

Anda perlu ubah kecekapan anda, mewayarkan semula minda anda berfungsi dengan lebih sistematik dan produktif.

kata-kata produktif

Dalam artikel ini membincangkan secara ringkas 10 tips lebih produktif setiap hari. Sememangnya tak semua tips dalam artikel sesuai untuk semua orang.

Ambil yang mana sesuai untuk anda praktikkan. Satu dua pun dah boleh jadikan hidup anda lebih bermakna.

Anda perlu untuk tambah tabiat yang positif setiap hari. Anda ulang dan ulang supaya minda anda dapat membiasakannya.

Lama kelamaan, minda anda akan mudah menerima kemudian fizikal anda secara tidak langsung mudah untuk lakukan perkara yang sama!

1. Mula Waktu Pagi

Bangun pagi bersama matahari. Apabila anda bangun awal, ini akan memberikan anda lebih masa untuk membuat refleksi diri, buat to-do-list dan membuat persiapan untuk hari anda.

Paling PENTING ramai yang tak sedar, kemas tempat tidur anda setelah bangun daripada tidur. Ini membolehkan minda anda diwayarkan secara separa sedar untuk jadi lebih produktif.

Berdasarkan pengalaman, sememangnya hari-hari yang tempat tidur dikemaskan, hari yang sangat produktif!

2. Buat Jadual Yang Sistematik

Ramai yang fikir jadual ini memenatkan. Sebenarnya, jika jadual ini digunakan dengan cara yang betul, boleh membantu anda jadiikan masa anda lebih teratur.

Fikirkan jadual dibuat secara jam. Ini akan membuatkan anda lebih fokus kepada satu perkara pada jam tersebut. Habiskan setiap jam anda dengan lebih bermakna.

Kalau anda buat jadual, masukkan “masa rehat” untuk anda lakukan perkara-perkara yang boleh mengganggu fokus anda ketika melakukan kerja. Sebagai contoh, buka e-mel, buka media sosial dan chat dengan kawan.

“Masa rehat”” ini adalah seolah-olah memberi kita hadiah setelah berusaha siapkan kerja dalam masa yang kita letakkan dalam jadual.

Langkah Mudah Buat Jadual

Salah satu cara buat jadual sistematik adalah menggunakan Google Calendar. Google dah siap bantu kita, senang untuk kita buat jadual. Dekat laptop boleh, tab boleh dan handphone pun boleh. Mudah!

3. Sentiasa Positif

Setelah melakukan semua kerja, anda kena beri hadiah kepada diri anda untuk mengesahkan anda berjaya menyiapkan kerja.

Ini adalah untuk memudahkan minda anda untuk fokus kepada menghabiskan To-Do-List anda dengan lebih cepat.

Reward diri anda seperti pergi tonton wayang bersama rakan, makan makanan yang sedap, main permainan video atau membeli hadiah untuk reward diri sendiri. Tanpa tenaga yang positif, tak banyak yang mampu anda lakukan.

Ini adalah untuk mengesahkan pada minda anda untuk berfikir bahawa dengan menyiapkan kerja, anda akan dapat hadiah. Lakukan apa saja untuk jadikan minda anda positif setiap masa.

4. Keyakinan Diri

Anda kena yakin anda adalah seorang yang produktif. Setiap kali anda bangun pagi, anda kena fikir anda akan jadi produktif untuk hari tersebut.

Jika anda lihat anda adalah seorang yang produktif, adalah lebih mudah untuk jadi lebih bermotivasi untuk anda mulakan hari anda.

Cara yang mudah untuk anda buat “self-affirmation” ini adalah membaca kata-kata produktif dan positif untuk anda baca setiap pagi. Anda juga boleh letakkan matlamat anda untuk dibacakan setiap pagi.

5. To-Do-List

Ramai yang dah tahu tetapi tidak buat kerana mengambil masa. Tetapi percayalah, sangat-sangat berkesan. Jutawan telah banyak mengesyorkan untuk membuat To-Do-List supaya setiap hari sebagai matlamat untuk anda siapkan setiap hari.

Anda boleh gunakan Sticky Notes untuk buat tampal pada desktop PC.

Cara yang betul menggunakan To-Do-List

Secara ringkas, To-Do-List adalah untuk senaraikan semua kerja-kerja untuk satu hari sahaja.

produktif dengan to-do-list

Jadi, setiap hari mesti ada kerja yang kurang penting dan yang kena siapkan cepat. Anda boleh buat seperti gambar di atas.

produktif to-do-list cara mudah

Atau, sekiranya anda ada project yang besar, memerlukan membuat pecahan kerja, anda boleh pecahkan to-do-list kepada kerja besar dipecahkan kepada kerja-kerja yang kecil lebih terperinci.

6. Buat jurnal

Setiap hari pasti ada pencapaian yang kita dah capai. Perkara baru yang kita belajar, apa yang kita kongsi dengan orang. Catatkan dalam jurnal supaya anda ada kemampuan untuk mengawal diri.

Kawalan diri adalah ilmu yang SANGAT MAHAL.

Setelah setiap kali kita berjaya untuk mengawal diri. Lepas itu, semakin mudah untuk kita kawal perbuatan kita.

Dengan membuat jurnal, hidup anda akan lebih dihargai oleh anda sendiri. Anda tak akan rasa nak buang masa. Mungkin anda boleh cabar diri anda untuk membuat jurnal sepanjang yang mungkin setiap hari 1 muka surat.

7. Persekitaran Yang Kemas

Lihat keliling kawasan tempat kerja, bilik tidur, tandas atau tempat-tempat yang selalu anda berada. Persekitaran anda mampu mempengaruhi gaya anda berfikir.

Kalau workspace anda tak kemas, emosi anda pun boleh terganggu kan?

Macam mana anda buat perkara kecil, adalah macam mana anda buat perkara yang besar.

Jadi, pastikan workspace anda teratur, minimalis, barang yang penting sahaja diletakkan atas meja. Boleh?

8. Bersenam

Tak perlu berjam-jam dalam gim untuk sihat. Luangkan masa cukup 15-30 minit setiap hari untuk keluarkan peluh.

Terbukti orang-orang yang berjaya, mempunyai tubuh badan yang sihat. Mereka mempunyai kawalan diri yang baik.

Utamakan masa untuk anda bersenam setiap hari. Cuba buat pagi atau petang dalam jadual anda, memang terasa bezanya.

9. Sarapan Pagi

Orang yang sihat sememangnya lebih produktif dalam kerjanya. Sarapan pagi ini umpama “booster” yang memberi tenaga tambahan. Berbeza dengan mereka yang tidak ambil sarapan pagi.

Banyak kajian yang mendapati sarapan pagi memberi tenaga kepada manusia untuk bekerja lebih produktif.

10. Belajar Kerja Lebih Cepat

Antara skil yang mahal untuk bekerja lebih cepat ialah skil membaca dengan pantas. Buku, blog dan banyak lagi bahan bacaan yang mempunyai informasi untuk anda.

“Skil membaca akan menjimatkan masa berjam-jam untuk bertahun-tahun”. Setiap hari anda perlu bekerja lebih produktif.

Boleh baca juga Cara Asas Dan Cepat Untuk Lajukan Laptop 2020

Langkah mudah untuk anda bekerja lebih produktif

  • belajar shortcut keyboard
  • Lajukan pergerakan mouse anda
  • Susun semula fail, apps, folder pada laptop atau gajet anda mengikut masa-senang untuk tahu apa fail dan apps yang selalu anda gunakan.

Kesimpulan

Ambil satu tips akan jadikan hari anda lebih produktif bila-bila masa di mana jua. Ingat, seminit anda jimat, seminit anda untung!

Tips nombor berapa yang anda akan cuba?

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

teknologi
Artikel lain...